Saturday, October 19, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lyon mara ke suku akhir

    NICE, 31 JAN – Lyon akan berdepan menentang Marseille dalam pusingan suku akhir Piala Perancis apabila penalti di minit-minit terakhir perlawanan memberi kemenangan 2-1 untuk mereka di Nice kelmarin.

    Moussa Dembele membuka jaringan pada minit ke-15 di stadium Allianz Riviera, pemain dari Perancis itu menerima hantaran silang dari Maxwel Cornet sebelum menjaringkan gol ke-18 pada musim ini.

    Adam Ounas kemudian menyamakan kedudukan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-89, namun beberapa saat kemudian, Lyon dihadiahkan sepakan penalti atas kekasaran Dante terhadap pemain ganti Karl Toko Ekambi, dengan Houssem Aouar merembat jaringan gol kemenangan buat Lyon.

    Pasukan Rudi Garcia akan menjadi tuan rumah Marseille pada bulan depan, yang berada di kedudukan kedua di Ligue 1 dan tidak pernah tewas sejak akhir Oktober lalu.

    Kemenangan 3-1 ke atas Strasbourg pada minggu lalu yang meletakkan pasukan Andre Villas-Boas dalam pusingan lapan terakhir, menyaksikan sekumpulan kira-kira 600 peguam Marseille yang berpakaian jubah mahkamah menunjuk perasaan menentang pembaharuan pencen kontroversi kerajaan Perancis.

    Saint-Etienne mara ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan Monaco manakala Belfort akan menjadi tuan rumah kepada juara musim lepas Rennes, yang semakin dekat untuk mengekalkan kejuaraannya apabila menang tipis dengan sembilan jaringan gol pada perlawanan tersebut menentang Angers yang berakhir dengan keputusan 5-4 baru-baru ini.

    Pemimpin Ligue 1 Paris Saint-Germain pula berdepan pasukan tercorot Dijon. – AFP

    Reaksi pemain Lyon Houssem Aour ketika meraikan jaringannya pada perlawanan Piala Perancis semasa menentang OBC Nice di Stadium Allianz Riviere. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda