Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    M Nasir tak mahu komen lirik ‘pinjam seratus Nur Nilam Sari’

    Maestro muzik Malaysia, Datuk M Nasir tiada masalah apabila lirik lagu popular ciptaannya, Nur Nilam Sari yang didendangkan Datuk Awie bersama Search, diubah kepada Pinjam Seratus Nur Nilam Sari hingga tular di TikTok.

    Memetik dari Berita Harian, M Nasir yang menghasilkan lirik lagu itu bersama Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq pada 1998, mengaku tidak mampu menghalang orang ramai daripada mengubah lirik lagu berkenaan dan berkongsi di platform digital.

    “TikTok adalah platfotm paling efektif dan menjadi budaya sekarang. Tetapi kita tidak tahu bila akan basi.

    “Bagi saya, TikTok tidak ada negatif atau positif kerana popular sekarang. Namun, tergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya. Itu hak awam… Saya tiada benda nak cakap.

    “Sebenarnya, saya tak mahu komen kerana perkara itu (lirik lagu diubah) sudah tular,” katanya pada sidang media mempromosikan Konsert Gendang Pati di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kelmarin.

    Lagu Nur Nilam Sari didedikasikan M Nasir buat bongsunya hasil perkahwinan dengan Allahyarham Junainah Johari.

    Ditanya adakah beliau memanfaatkan platform itu bagi mengikut peredaran masa, M Nasir berkata, setakat ini beliau masih belum berkeinginan.

    Konsert Gendang Pati bakal berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 November depan. – Agensi

    “Sebenarnya, saya tak mahu komen kerana perkara itu (lirik lagu diubah) sudah tular,” kata M Nasir. – The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda