
SKOPJE, 30 Sept – Penduduk Macedonia telah membuang undi hari ini untuk mengundi sama ada menamakan semula negara mereka sebagai Macedonia Utara dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan dengan Greece dan membuka laluan untuk menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU).
Macedonia telah lama berjuang untuk pengiktirafan namanya sejak merdeka pada tahun 1991 dari negara Yugoslavia.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)