Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MacIntyre dahului Kejohanan BMW

    WASHINGTON, 15 OGOS – Robert MacIntyre menggunakan putter untuk mencatat birdie di enam lubang terakhir dan melonjak ke hadapan dengan kelebihan tiga pukulan berbanding Tommy Fleetwood dalam Kejohanan BMW PGA Amerika Syarikat (AS) di Maryland, kelmarin.

    MacIntyre menampilkan permainan cemerlang di atas padang rumput yang basah akibat hujan di Caves Valley selepas ribut petir pada sebelah petang menghentikan permainan selama lebih dua jam.

    “Enam lubang terakhir mungkin merupakan prestasi pukulan putt terbaik pernah saya lakukan secara berturut-turut, sangat konsisten,” kata MacIntyre selepas mencatat lapan bawah par 62.

    “Apabila mata sudah fokus, ia berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.”

    Pukulan terakhir membawanya mengatasi pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler, yang mencatat empat bawah 66 dan menamatkan perlawanan di tempat ketiga.

    Robert MacIntyre melakukan pukulan dari tee kelima semasa pusingan pertama Kejohanan BMW 2025 di Caves Valley Golf Club pada 14 Ogos 2025 di Owings Mills, Maryland. – AFP

    Fleetwood sempat mengatasi MacIntyre dengan birdie 33 kaki di lubang ke-18 untuk menamatkan pusingan 65.

    Selepas dua bawah par disebabkan bogey kedua di lubang ke-12, MacIntyre membenam birdie 66 kaki di par-tiga lubang ke-13 untuk memulakan siri penamat cemerlangnya. Dia menyusul dengan birdie 40 kaki di lubang ke-14 dan birdie 17 kaki di lubang ke-15, dan seterusnya melepaskan pukulan jarak 12 kaki di lubang ke-16 sekali gus berjaya membenam birdie itu, kemudian mencatat satu lagi birdie 22 kaki pada par-tiga lubang ke-17. MacIntyre menamatkan pusingannya dengan birdie lima kaki di lubang ke-18.

    Siri birdie terpanjang pemain Scotland berusia 29 tahun itu dalam Jelajah PGA mengatasi rekod peribadinya sebelum ini sebanyak empat birdie berturut-turut membantunya menyamai pusingan terendah kerjaya di jelajah tersebut.

    MacIntyre, yang berakhir menyandang gelaran naib juara di Terbuka AS menentang J.J.

    Spaun pada Jun lalu, berkata dia banyak belajar semasa acara ditangguhkan kerana hujan pada pusingan akhir di Oakmont dan mengekalkan pemanasan diri semasa penangguhan kelmarin.

    “Keadaan itu datang pada masa sukar, tetapi ia memberi sedikit kelebihan kepada kami berbanding keadaan padang,” katanya. “Padang rumput pada awalnya sangat licin ketika kering. Apabila saya kembali, ia terasa lebih perlahan dan lebih lancar.”

    Fleetwood mencatat lima birdie dalam pusingan tanpa bogey yang mengagumkan, bangkit semula selepas ketinggalan pada Ahad lalu, menyebabkannya gagal meraih gelaran pertama Jelajah AS di Kejohanan St. Jude. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda