Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Macron beri amaran jangan rumitkan keadaan

    KYIV, 27 MAC – Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini memberi amaran terhadap ‘pertelingkahan’ lisan mengenai pencerobohan Rusia di Ukraine, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggelar Vladimir Putin sebagai ‘pembunuh yang tidak boleh kekal memegang kuasa’.

    Kremlin telah memberi tindak balas dengan kemarahan terhadap komen Biden yang dikatakan menyempitkan peluang untuk hubungan dua hala, dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang kini memasuki bulan kedua.

    Macron berkata bahawa beliau akan bercakap dengan Putin dalam dua hari akan datang untuk mengatur pemindahan orang awam dari bandar pelabuhan Mariupol yang diserang teruk.

    Pemimpin Perancis tersebut memberitahu penyiar France 3 bahawa beliau melihat tugasnya adalah untuk mencapai gencatan senjata terlebih dahulu dan kemudian mengeluarkan semua tentera Rusia melalui cara diplomatik.

    “Jika kita mahu melakukan perkata itu, kita tidak boleh merumitkan keadaan dengan kata-kata ataupun perbuatan.”

    Ukraine membuat desakan baharu untuk membawa orang awam keluar dari bandar itu hari ini, dengan perjanjian laluan bantuan untuk orang ramai pergi dengan kereta atau menaiki bas pemindahan, kata Timbalan Perdana Menteri, Iryna Vereshchuk.

    Beberapa percubaan untuk mewujudkan laluan selamat bagi orang awam untuk melarikan diri telah gagal kerana kedua-dua pihak saling menyalahkan kerana melanggar gencatan senjata sementara.

    Mariupol, di wilayah Donetsk, telah menanggung beban serangan Rusia dan penduduk yang berjaya melarikan diri telah menceritakan peristiwa kematian dan kemusnahan yang mengerikan.

    Sementara itu, kira-kira 170,000 orang masih terperangkap di bandar yang dikepung itu dan pihak berkuasa berkata mereka bimbang mengenai lebih kurang 300 orang awam mungkin terkorban dalam serangan Rusia pada 17 Mac lalu yang melanda sebuah teater yang digunakan sebagai tempat perlindungan bom. – AFP

    Emmanuel Macron memberi amaran terhadap ‘pertelingkahan’ yang merumitkan keadaan mengenai pencerobohan Rusia di Ukraine, selepas Joe Biden menggelar Vladimir Putin sebagai pembunuh yang tidak boleh kekal memegang kuasa. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...