Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Macron dilantik presiden Perancis penggal kedua

    PARIS, 8 MEI – Emmanuel Macron pada Sabtu dilantik sebagai Presiden Perancis untuk penggal kedua lima tahun di sebuah majlis rasmi yang diadakan di kediaman Presiden.

    Macron yang menentang calon sayap kanan Marine Le Pen menang dengan kelebihan 58.2 peratus undian, menjadikannya presiden Perancis pertama untuk memegang tampuk pemerintahan bagi penggal kedua sejak 20 tahun lalu, lapor Agensi Anadolu.

    Laurent Fabius, ketua Majlis Perlembagaan, secara rasmi mengesahkan kemenangan Macron, diikuti majlis angkat sumpah.

    Macron menyampaikan ucapan perasmian selama 10 minit di hadapan 450 pegawai kerajaan, orang kenamaan dan penyokongnya – termasuk bekas presiden Francois Hollande dan Nicolas Sarkozy.

    Macron berikrar untuk membina ‘Perancis yang lebih kuat’ dalam masa terdekat, serta berjanji meningkatkan peluang pekerjaan serta mengambil tindakan terhadap masalah domestik serta krisis perubahan iklim.

    “Rakyat Perancis telah mengamanahkan saya (dengan mandat kedua). Ini amanah yang rapuh, nilai kebebasan kita sedang dicabar,” katanya.

    Penggal kedua presiden bermula secara rasmi pada Jumaat, 13 Mei, apabila penggal pertama berakhir pada tengah malam.

    Beliau kemudiannya akan melantik perdana menteri baharu menggantikan Jean Castex, bersama-sama pegawai kerajaan lain. – Bernama

    Presiden Emmanuel Macron memeriksa perbarisan tentera semasa upacara pelantikannya untuk penggal kedua di istana Elysee, Paris pada 7 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...