Monday, July 14, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Macron kecam keganasan penyokong berhubung bola sepak

    PARIS, 2 JUN – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengecam keganasan ‘tidak boleh diterima’ kelmarin semasa perarakan berikutan kemenangan final Liga Juara-Juara Paris Saint-Germain (PSG).

    “Tiada apa-apa yang boleh membenarkan apa yang berlaku dalam beberapa jam terakhir, pertelingkahan ganas tidak boleh diterima,” kata Macron. “Kami akan kejar, menghukum, tegas,” tambahnya sebelum mengucapkan tahniah kepada para pemain atas kemenangan mereka.

    Dua orang maut dan polis melakukan hampir 600 tangkapan di seluruh Perancis semalaman ketika penyokong meraikan kemenangan 5-0 PSG ke atas Inter Milan di Munich, Sabtu lalu.

    “Pertelingkahan ganas yang berlaku tidak boleh diterima dan telah mengakibatkan kesan yang buruk, dua orang maut, sekitar 30 pegawai polis dan beberapa anggota bomba turut cedera,” kata Macron.

    “Saya juga bimbang tentang pegawai polis di Coutances yang kini koma,” tambahnya, merujuk kepada bandar di barat Perancis di mana seorang pegawai polis terkena bunga api di matanya.

    Macron menjadi hos kepada jurulatih PSG, Luis Enrique dan pasukannya selepas perarakan kemenangan di jalan Champs-Elysees, mengucapkan penghargaan kepada para pemain kerana mengecam keganasan itu.

    “Tindakan ini bertentangan dengan nilai kelab dan sama sekali tidak mewakili sebahagian besar penyokong kami, yang tingkah laku mereka sepanjang musim patut dipuji,” kata kelab itu kelmarin. – AFP

    Macron (kiri) semasa menyampaikan ucapan di istana Presiden, Elysee, di Paris pada 1 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda