Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Macron mahu semua ambil iktibar

    PARIS, 21 JULAI – Presiden Emmanuel Macron hari ini meminta kerajaannya agar mengambil pengajaran daripada rusuhan baru-baru ini yang dicetuskan oleh insiden tembakan polis terhadap seorang remaja atau berisiko menghadapi perpecahan yang mendalam di Perancis.

    Pembunuhan Nahel M, 17, semasa pemeriksaan trafik bulan lalu mencetuskan protes, rusuhan dan rompakan, dengan ramai yang menuduh kerajaan membiarkan budaya perkauman dalam pasukan polis berlarutan.

    Bercakap dalam mesyuarat kabinet sehari selepas rombakan kerajaan, Macron berkata rusuhan itu telah menonjolkan ‘risiko perpecahan negara yang mendalam.”

    Terdapat ‘keperluan untuk kuasa dan rasa hormat’, kata Macron kepada menteri-menteri.

    “Kita mesti mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku, dan memberikan jawapan yang kukuh,” katanya.

    Tugas ini akan ‘membentuk’ kerja kerajaan selepas cuti musim panas, kata Macron.

    Keganasan bandar paling teruk sejak 2005 mencetuskan perdebatan mengenai undang-undang dan ketenteraman, imigresen, perkauman dan kekejaman polis.

    Rombakan kabinet baru-baru ini telah ditafsirkan secara meluas sebagai isyarat oleh Macron untuk beralih daripada beberapa siri krisis sejak pemilihan semulanya tahun lalu, yang juga termasuk protes meluas mengenai kenaikan umur persaraan di Perancis. – AFP

    Macron bercakap semasa beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet di Istana Elysee di Paris kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda