Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Macron perlu jalani pemeriksaan mental’

    BRUSSELS, 25 OKT – Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell hari ini mengecam Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kerana mengeluarkan komen yang ‘tidak dapat diterima’ mengenai rakan sejawatan Perancis Emmanuel Macron.

    Semalam, Perancis berkata ia akan memanggil pulang dutanya ke Turki untuk rundingan selepas Erdogan berkata Macron perlu memeriksa keadaan mental beliau.

    “Kata-kata oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan mengenai Presiden Emmanuel Macron adalah tidak dapat diterima,” kata Borrell di Twitter.

    “Minta Turki supaya menghentikan konfrontasi yang semakin teruk ini.”

    Erdogan menuduh Macron mempunyai ‘masalah’ dengan Islam dan dengan penganut Islam kerana memperta-

    hankan hak untuk menunjukkan sesuatu yang menyentuh sensitiviti Islam – satu perbuatan di mana seorang guru Perancis dibunuh pada minggu lalu.

    Perancis dan Turki sentiasa bertelagah mengenai pelbagai isu termasuk hak maritim di timur Mediterranean, Libya, Syria dan konflik di antara Armenia dan Azerbaijan berhubung Nagorno-Karabakh.

    Hubungan di antara Ankara dan Brussels juga dingin, terutamanya berhubung aktiviti cari gali minyak dan gas Turki di timur Mediterranean. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda