Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Macron umum pelan AS$35b industrikan semula Perancis

    PARIS, 12 OKT – Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini mengumumkan pelan bernilai AS$35 bilion untuk mengindustrikan semula Perancis, mengatakan negara tersebut harus merebut kembali gelaran sebagai pemimpin global dalam inovasi.

    Bercakap di Istana Elysee enam bulan sebelum sebelum pilihan raya dan sebulan menjelang sidang kemuncak iklim PBB, Macron mengatakan Perancis telah mengambil keputusan penting “15 hingga 20 tahun akan datang berban-ding beberapa negara jiran Eropah kita,” dan sekarang perlu ‘kembali menjadi negara inovasi dan penyelidikan’.

    Perbelanjaan tersebut adalah untuk mengatasi ‘sejenis defisit pertumbuhan’ untuk Perancis yang disebabkan oleh pelaburan yang tidak mencukupi pada masa lalu, beritahunya kepada pemimpin syarikat dan pelajar universiti.

    Menurutnya, Perancis perlu kembali ke ‘kitaran yang baik’ yang terdiri daripada ‘inovasi, menghasilkan dan mengeksport, yang dengan cara itu membiayai model sosial kita”.

    Pada dekad berikutnya, Perancis berhasrat menjadi pemimpin global dalam hidrogen hijau dan mempunyai dua juta kereta elektrik atau hibrid di jalan raya, katanya.

    Macron juga mengatakan Perancis akan melabur AS$1.15 bilion menjelang tahun 2030 dalam inovasi untuk menghasilkan tenaga atom, terutama mereka reaktor nuklear bersaiz kecil. – AFP

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron semasa pembentangan pelan pelaburan ‘Perancis 2030’ di Istana Elysee. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda