PARIS, 14 JULAI – Presiden Perancis, Emmanuel Macron kelmarin umumkan peruntukan tambahan sebanyak AS$7.6 bilion bagi perbelanjaan ketenteraan dalam tempoh dua tahun akan datang dengan sasaran perbelanjaan pertahanan tahunan mencecah 64 bilion Euro menjelang 2027, lapor Xinhua.
Dalam ucapan kepada angkatan tentera negara itu, Macron menggariskan hala tuju ketenteraan dan visi strategik Perancis, sambil menyatakan bahawa perbelanjaan pertahanan, “adalah dan akan terus menjadi sumber kekayaan bagi keluaran dalam negara kasar (KDNK), ekonomi dan wilayah kita.”
Presiden Perancis itu turut mendedahkan rancangan untuk meneroka penubuhan satu inisiatif perkhidmatan negara yang baharu. – Bernama/Xinhua
