Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Madagascar dilanda cuaca panas

    JOHANNESBURG, 23 NOV – Satu gelombang panas yang berlarutan yang melanda Madagascar pada bulan Oktober tidak akan berlaku tanpa perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia, kata satu kajian saintifik pada hari ini.

    Para saintis daripada kumpulan World Weather Attribution (WWA) menyatakan bahawa gelombang panas di pulau Lautan Hindi tersebut, yang memberi kesan kepada berjuta-juta orang, “seakan-akan mustahil berlaku tanpa perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia”.

    Kajian oleh 13 penyelidik mengkaji tiga data untuk menyiasat gelombang panas tersebut: purata suhu pulau itu sepanjang Oktober dan suhu minimum dan maksimum tujuh hari di ibu negara, Antananarivo.

    “Analisis mendapati bahawa perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia membuatkan suhu sepanjang sebulan itu, suhu maksimum tujuh hari dan suhu minimum tujuh hari menjadi lebih panas sekitar 1-2°C,” kata laporan WWA. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda