Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Madagascar lancar kapsul ‘Covid-Organics’

    ANTANANARIVO, 4 OKT – Presiden Madagascar Andry Rajoelina melancarkan kapsul versi minuman herba yang dianggapnya sebagai rawatan dan penawar koronavirus.
    ‘Covid-Organics’ diperoleh dari artemisia, sejenis tumbuhan dengan khasiat anti-malaria, dan herba asli lain. Kesan campuran herba itu masih belum diuji secara saintifik dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan beberapa amaran terhadap penggunaan dan pengagihannya.

    “Hari ini kami memperkenalkan kepada seluruh dunia kapsul yang mengandungi ekstrak artemisia dan ravintsara, tumbuhan tempatan Malagasy, dengan khasiatnya diiktiraf di seluruh dunia,” umum Rajoelina pada majlis perasmian yang dianjur oleh syarikat farmaseutikal tempatan Pharmagalasy.

    “Mereka yang bergelut untuk meminum air seduhan kini boleh mengambil kapsul CVO+ yang akan dijual di seluruh dunia,” tambah beliau, bercakap di kilang Pharmagalasy di luar ibu negara Antananarivo.

    Pada pelancaran, wakil WHO Charlotte Faty Ndiaye mengucapkan tahniah kepada presiden kerana mengetuai ‘kempen memerangi pandemik global ini.’

    Badan PBB baru-baru ini menyokong garis panduan untuk membantu saintis menjalankan percubaan ke atas penawar koronavirus herba. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda