Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Madame Pang cipta sejarah bola sepak Thailand

    BANGKOK, 8 FEB – Taikun insurans Thailand, Nualphan Lamsam atau dikenali sebagai Madame Pang dipilih sebagai Presiden ke-18 Persatuan Bolasepak Thailand selepas memenangi pemilihan yang diadakan hari ini, lapor agensi berita Thailand (TNA).

    Beliau merupakan presiden wanita pertama mendapat jumlah undian tertinggi iaitu 68 daripada 73 undi atau kira-kira 93 peratus, tertinggi dalam sejarah.

    Empat calon lain turut merebut jawatan itu iaitu Warong Tiewtat, Payurin Ngampring, Thanasak Suraprasert dan Komkrit Napalai.

    Nualphan, satu-satunya calon wanita, dijangka menggantikan Jeneral Somyot Phumphanmuang yang menerajui badan induk itu selama dua penggal. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...