Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Madonna bengang Instagram padam foto

    Penyanyi Madonna meluahkan rasa bengang dengan tindakan penyelia Instagram yang memadam salah satu foto dalam akaun miliknya.

    Menurut laporan The Guardian, Madonna bertindak memuat naik semula foto seksi yang dikatakan telah melanggar terma syarat yang ditetapkan oleh aplikasi media sosial itu.

    “Saya muat naik semula foto yang telah dihapuskan Instagram tanpa peringatan atau notifikasi ini… alasan yang mereka beri kepada pengurusan saya adalah kerana ada bahagian yang tak sepatutnya,” tulisnya pada Jumaat.

    Sebelum itu, penyanyi berusia 63 tahun ini memuat naik foto dia berbaring di atas katil dengan mengenakan stoking jala seksi berwarna hitam.

    Dalam foto itu, Madonna kelihatan seksi hingga pihak Instagram memadam foto tersebut.

    Sementara itu jurucakap Meta memaklumkan pihaknya sentiasa memantau kandungan yang dimuat naik pengguna tanpa mengira latar belakang pemilik akaun.

    “Setiap kali menemui kandungan yang melanggar peraturan, kami akan hapuskan. Tidak peduli siapa pun yang memuat naiknya.

    “Kami faham mungkin akan ada yang tak bersetuju tetapi kami mahu menjaga pengguna lain supaya rasa selamat di aplikasi kami. Mungkin apa yang dikongsi itu sensitif untuk sese-tengah orang,” jawabnya. – Agensi

    Madonna bengang apabila Instagram padam fotonya di laman tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda