Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Madonna cipta sejarah terbaik sepanjang karier

    Penyanyi Madonna mencipta sejarah apabila konsert jelajahnya di Brazil mencatatkan kehadiran 1.6 juta penonton, lapor mStar.

    Angka itu sekali gus menjadikan Madonna, 66, sebagai artis pertama dalam sejarah muzik yang berjaya menghimpunkan penonton seramai itu.

    Persembahan secara percuma itu berlangsung di Pantai Copacabana, Rio de Janeiro dan ia persembahan penutup konsert jelahahnya iaitu The Celebration Tour.

    Tidak hanya mencipta rekod muzik, kehadiran penonton itu sekali gus adalah pencapaian terbaik dalam karier seninya sejak empat dekad lalu.

    Penampilan penyanyi lagu Vogue itu juga mencuri perhatian apabila mempamerkan aksi mencolok mata dengan menggayakan baju jarang bersama skirt pendek atas paha.

    Bukan itu sahaja, Madonna turut menampilkan aksi berpelukan mesra bersama penari latar yang mengiringi persembahannya.

    Bagaimanapun, ramai memuji stamina Madonna di atas pentas walaupun usianya hampir mencecah 70 tahun.

    Untuk rekod, Madonna memulakan kerjaya nyanyiannya sejak awal 80an menerusi lagu Everybody dan sejak itu dia adalah antara bintang paling bersinar dan diingati di seluruh dunia. – Agensi

    Madonna mencipta sejarah ketika kariernya memasuki usia empat dekad. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...