Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Madrid benam Espanyol, kembali ke puncak liga

    MADRID, 29 JUN – Karim Benzema memberikan satu lagi keajaiban pada perlawanan semalam ketika Real Madrid mendahului dua mata ke atas Barcelona di puncak La Liga setelah menewaskan kelab tercorot, Espanyol.

    Jaringan Benzema pada perlawanan baru-baru ini menentang Valencia boleh dicalonkan sebagai gol terbaik musim ini dan dia juga mungkin dinobatkan assist terbaik setelah memberi hantaran bola hanya menggunakan tumit kaki belakangnya menerusi jaringan Casemiro untuk meraih kemenangan penting 1-0 pada perlawanan semalam.

    Kelebihan buat Madrid, setelah Barca seri di Celta Vigo pada perlawanan Sabtu lalu, adalah peluang terbesar mereka untuk mengejar kejuaraan liga kedua dalam lapan tahun.
    “Ini kemenangan yang sangat penting,” kata Benzema.

    “Saya tidak boleh mengatakan bahawa kami tidak menonton perlawanan Barcelona, ​​tentu saja kami melihat perlawanan mereka. Tapi kami fokus kepada kami sendiri. Hanya berbaki beberapa perlawanan sahaja lagi dan setiap perlawanan sekarang adalah final,” tambahnya.

    Zinedine Zidane yakin Eden Hazard mengalami kecederaan di pergelangan kakinya, akan kembali beraksi.

    Aksi Karim Benzema dari Real Madrid ketika mengawal bola semasa perlawanan La Liga Sepanyol antara RCD Espanyol dan Real Madrid di Stadium Cornella-El Prat, ​​Sepanyol, semalam. – AP

    “Dia tercedera tetapi mungkin dia akan kembali cergas,” kata Zidane.

    Real Madrid seterusnya akan menentang Getafe pada Khamis ini di halaman sendiri, jika Atletico Madrid berjaya menewaskan Barca pada perlawanan Selasa ini di Camp Nou, Madrid mampu menjauhkan lagi jurang kedudukan mereka di takhta liga.

    Espanyol, telah menunjukkan bahawa mereka mungkin akan bertahan di La Liga setelah mempamerkan prestasi yang mengagumkan di bawah jurulatih baharu Franciso Rufete.

    Rufete, sebelum ini merupakan pengarah sukan kelab itu, di mana kini menjadi jurulatih keempat Espanyol musim ini setelah pemecatan Abelardo Fernandez pada Sabtu lalu.

    Tugasnya sekarang adalah untuk menyelamatkan pasukannya dari zon penyingkiran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda