MADRID, 29 JUN – Karim Benzema memberikan satu lagi keajaiban pada perlawanan semalam ketika Real Madrid mendahului dua mata ke atas Barcelona di puncak La Liga setelah menewaskan kelab tercorot, Espanyol. Jaringan Benzema pada perlawanan baru-baru ini menentang Valencia boleh dicalonkan sebagai gol terbaik musim ini dan dia juga mungkin dinobatkan assist terbaik setelah memberi