MADRID, 27 OGOS – Jalan raya dan aliran trafik di Madrid serta kawasan-kawasan sekitarnya terjejas teruk hari ini selepas banjir pada malam sebelumnya mengubah jalan menjadi seperti lautan lumpur, kata pihak berkuasa.
Di Arganda del Rey berhampiran ibu kota Sepanyol, rakaman di media tempatan menunjukkan jalan-jalan raya dipenuhi dengan lumpur.
“Tidak ada yang cedera dan keadaan ini yang berpunca daripada ribut itu, yang telah menenggelami jalan-jalan raya, garaj, ruang bawah tanah atau premis komersial,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan kepada AFP.
Anggota bomba di rantau itu kelmarin telah menerima panggilan sebanyak 152 kali.
Sebahagian daripada empat lebuh raya yang mengelilingi ibu kota Sepanyol terjejas kelmarin termasuk lima laluan metro di mana beberapa stesen telah ditenggelami air.
Sementara lalu lintas di beberapa lebuh raya hari ini masih terjejas kerana beberapa lorong masih ditutup, manakala sebahagian ruang bawah tanah di sekitar Arganda del Rey telah ditutup.
Hospital di bandar ini yang terletak di tenggara Madrid juga turut terjejas, termasuk hospital utama di ibu kota Sepanyol, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan. – AFP
