Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Madrid muncul juara kumpulan

    MADRID, 30 NOV – Real Madrid mencatat kemenangan 4-2 ke atas Napoli awal pagi tadi untuk muncul juara kumpulan dalam kempen Liga Juara-Juara.

    Kekalahan Napoli meletakkan mereka di tangga kedua, dengan kelab Itali itu akan berdepan Braga pada aksi terakhir peringkat kumpulan untuk menentukan pasukan mana yang layak.

    Juara 14 kali, Madrid sudah memastikan kemaraan ke peringkat kalah mati tetapi mengesahkan sebagai juara kumpulan menerusi kemenangan aksi menarik ke atas juara Itali.

    Giovanni Simeone meletakkan Napoli di hadapan namun Rodrygo dan Jude Bellingham pantas membalas untuk mengubah keputusan perlawanan.

    Andre-Frank Zambo Anguissa menyamakan kedudukan buat pelawat sejurus selepas rehat tetapi pemain remaja Madrid, Nico Paz meletakkan pasukannya di depan selepas 84 minit sebelum Joselu melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.

    “Saya terlalu gembira, ini satu mimpi… buat seketika saya tidak mempercayainya,” kata Paz kepada Movistar selepas membantu Madrid meneruskan rekod 100 peratus mereka – lima kemenangan dalam lima perlawanan.

    “(Rakan sepasukan saya) mungkin lebih gembira berbanding saya dan saya bersyukur kerana mendapat sokongan mereka,” tambahnya. – AFP

    Aksi Joselu semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, baru-baru ini. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...