MADRID, 5 NOV – Real Madrid telah menjelaskan kelmarin mereka tidak terbabit dalam perbincangan untuk menandatangani penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, pada akhir kontraknya pada Jun 2024, selepas laporan baru-baru ini yang menyatakan mereka sedang dalam proses rundingan.
“Memandangkan maklumat yang dikeluarkan dan diterbitkan baru-baru ini oleh media yang berbeza, di mana terdapat spekulasi mengenai dakwaan rundingan antara pemain Kylian Mbappe dan kelab kami, Real Madrid ingin menyatakan bahawa maklumat ini adalah palsu dan tiada rundingan sedemikian pernah berlaku dengan pemain milik PSG,” kata Madrid dalam satu kenyataan.
Akhbar Sepanyol, Marca berkata pada Khamis lalu Madrid membayangkan Mbappe menyertai kelab itu tahun depan, dengan skuad itu percaya ‘dia akan bersama di Santiago Bernabeu’. – AFP
