Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Madrid tagih kelibat Benzema di UCL

    MADRID, 14 MAC – Karim Benzema merupakan bahagian penting dalam kejayaan Liga Juara-Juara Real Madrid, tetapi terdapat keraguan sama ada pasukannya boleh bergantung kepadanya untuk meneruskan kejayaan Eropah musim ini.

    Musim ini penyerang Perancis itu kerap terganggu oleh kecederaan, dan walaupun Vinicius Junior memberikan ancaman berbahaya di sebelah kiri, namun tanpa Benzema, pertahanan lawan boleh memberi tumpuan untuk menghalang kemaraan pemain sayap Brazil itu.

    Masa depan Benzema di Madrid juga masih belum diketahui dengan kontraknya bakal tamat pada Jun dan tiada keputusan umum dibuat mengenai pembaharuan kontrak oleh pemain atau kelab.

    “Legenda kelab ini perlu kekal di Madrid,” kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti, yang berharap penyerang itu kekal bersamanya sehingga tahun depan.

    Benzema terlepas kemenangan La Liga Madrid ke atas Espanyol pada Sabtu kerana masalah buku lali tetapi dijangka kembali menentang Liverpool di Santiago Bernabeu pada Rabu dalam pertembungan 16 terakhir kedua.

    Pemain berusia 35 tahun itu kerap diketepikan termasuk mengalami kecederaan paha yang menyaksikannya terlepas beraksi di Piala Dunia bersama Perancis.

    “Ada sesuatu yang tidak kena dengan Benzema, tidak pernah sepanjang kariernya dia menghabiskan begitu banyak masa di bilik kecederaan,” keluh akhbar Madrid AS minggu lalu, dengan Benzema diketepikan buat kali kelapan.

    Penyerang itu terlepas 34 peratus daripada perlawanan Madrid dalam semua pertandingan musim ini, 14 perlawanan secara keseluruhan, tetapi telah menjaringkan 18 gol dalam 27 perlawanan yang dia tampil beraksi.

    “Ini merupakan bulan kekecewaan dan misteri besar mengenai Karim,” sambung AS. – AFP

    Reaksi Karim Benzema semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol di stadium Benito Villamarin di Seville, Sepanyol, 5 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...