BARCELONA, 16 APRIL – Real Madrid akhirnya berjaya mencipta kemenangan bergaya 2-0 di Cadiz kelmarin dalam La Liga, menjelang perlawanan Liga Juara-juara menentang Chelsea.
Nacho Fernandez dan Marco Asensio meledak gol bagi membantu Madrid mengurangkan jurang pendahuluan Barcelona di puncak carta kepada 10 mata, sebelum pasukan Catalan itu melawat Getafe hari ini.
Cubaan kedua-dua pasukan terkena tiang gawang pada separuh masa pertama namun Madrid mengatasi lawan mereka, dengan hanya penjaga gol Cadiz, David Gil yang menghalang mereka.
Akhirnya, Nacho memecah kebuntuan pada minit ke-72 melalui cubaan jarak jauh, dengan Asensio menambah empat minit kemudian. “Sikap yang baik, komitmen yang baik, kombinasi yang baik, pasukan bermain dengan sangat baik,” kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti.
“Ia adalah permainan yang mungkin boleh menjadi perangkap, pemain menumpukan perhatian dengan baik, dan kami bermain dengan baik.” – AFP


