Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maduro ampunkan lebih 100 ketua pembangkang

    CARACAS, 1 SEPT – Presiden Venezuela Nicolas Maduro semalam mengampunkan lebih 100 pemimpin pembangkang yang sedang menjalani hukuman atau menghadapi tuduhan jenayah, menjelang pilihan raya parlimen pada 6 Disember, lapor agensi berita Xinhua.

    Menteri Komunikasi dan Penerangan, Jorge Rodriguez berkata langkah itu bertujuan untuk “menggalakkan keamanan dan penyelesaian kontroversi melalui saluran perlembagaan dan pilihan raya.”

    Antara mereka yang diberikan keampunan itu ialah 27 timbalan menteri daripada pelbagai parti politik.

    Penolong Guaido Roberto Marrero dan penggubal undang-undang Gilber Caro dan Renzo Prieto adalah antara nama yang disebut oleh Jorge Rodriguez yang disiarkan secara langsung di televisyen.

    Ketiga-tiga mereka dibebaskan di Caracas pada malam semalam beberapa jam selepas pengumuman, menurut pemimpin pembangkang dan disahkan oleh AFP. Tahanan lain juga dibebaskan.

    Menurut Rodriguez, perintah presiden ‘dikuatkuasakan’ di mana mahkamah ‘mesti melaksanakan langkah segera untuk membebaskan individu tersebut.’

    Pengampunan itu sebagai jaminan semua pihak boleh menyertai pilihan raya, kata Rodriguez. – Bernama/AFP

    Aktivis politik Jose Daniel Hernandez meninggalkan ibu pejabat Perkhidmatan Risikan Negara Bolivia selepas Presiden Venezuela mengampunkan lebih 100 penggubal undang-undang di Caracas pada 31 Ogos 2020. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda