Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maduro arah latihan tentera selepas ancaman Trump

    CARACAS, 15 Ogos – Pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro hari ini mengarahkan angkatan tenteranya untuk menjalankan latihan kebangsaan minggu depan dalam respons terhadap ancaman kemungkinan tindakan tentera Presiden AS Donald Trump.

    “Saya sudah pun memberikan arahan kepada ketua-ketua turus angkatan bersenjata untuk memulakan persediaan bagi satu latihan sivil tentera kebangsaan bagi mengintegrasikan pertahanan bersenjata negara Venezuela,’ dia memberitahu beribu-ribu penyokong dalam satu rapat Caracas.

    Latihan itu akan diadakan pada 26-27 Ogos ini, katanya.

    Kerajaan Maduro sudah pun bersiap siaga apabila mendengar amaran Trump pada Jumaat lalu yang mengatakan beliau sedang meneliti beberapa senario ke atas Venezuela, ‘termasuk kemungkinan pilihan tentera, jika perlu.’

    Menteri Pertahanan Venezuela Jeneral Vladimir Padrino menggelarnya ‘gila,’ mengatakan ia menunjukkan Amerika ‘sudah pun membuka topengnya’ dengan hasrat mahu menyerang negaranya.

    Pentadbiran Maduro mengatakan, kata-kata Trump meningkatkan lagi dakwaan berulangnya bahawa Washington berusaha untuk merampas simpanan minyak Venezuela, yang terbesar di dunia.

    Ancaman itu yang dikeluarkan dalam respons terhadap krisis ekonomi mendalam Venezuela dan langkah-langkah Maduro ke arah apa yang dilabelkan oleh AS sebagai ‘kepimpinan diktator’ sudah pun ditolak oleh semua negara Amerika Latin—malah negara-negara yang membantah Venezuela. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda