Maduro tubuh Kor Antikeganasan

BANDARAYA MEXICO, 28 FEB – Presiden Venezuela Nicolas Maduro menandatangani dekri untuk menubuhkan Kor Antikeganasan dan rancangan tiga tahun memerangi keganasan, lapor agensi berita Sputnik.

“Kor itu akan bertanggungjawab ke atas semua operasi dalam bidang pertahanan negara dan membanteras kumpulan pengganas yang mengancam keamanan serta kemakmuran,” kata Maduro dalam pertemuan dengan wakil agensi penguatkuasaan undang-undang, yang disiarkan di sosial media.

Beliau juga telah memeterai pelan antikeganasan negara untuk tahun 2020-2022, tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai kandungan dokumen berkenaan. – Bernama