RABAT, 7 Nov – Raja Maghribi Mohammed VI mengecam sekeras-kerasnya serangan peluru berpandu sebagai ‘pengecut’ yang menyasarkan Arab Saudi dari Yaman.
“Saya ingin menyatakan kepada anda, bagi pihak orang Maghribi dan diri saya sendiri, mengutuk sekeras-kerasnya dan penolakan penuh ke atas tindakan pencerobohan pengecut yang cuba melemahkan integriti negara anda dan keselamatan rakyatnya,” kata raja Maghribi dalam mesej kepada Raja Saudi Salman bin Abdul Aziz Al Saud.
Raja Maghribi mengulangi perpaduan Maghribi dengan Saudi dan sokongan penuhnya untuk semua langkah yang diambilnya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilannya. -Xinhua