Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Maghribi lebur impian Sepanyol

    DOHA, 7 DIS – Sepanyol tiba di Qatar dengan impian memenangi Piala Dunia kedua, tampil sangat yakin dengan cara permainan mereka, namun terpaksa pulang lebih awal, kelmarin.

    Kali terakhir La Roja menjulang trofi utama adalah semasa Euro 2012. Mereka tidak pernah menang pusingan kalah mati dalam Piala Dunia sejak menjadi juara di Afrika Selatan pada tahun 2010.

    Skuad kendalian Luis Enrique berhempas-pulas untuk meruntuhkan benteng pertahanan Maghribi dalam perlawanan 16 terakhir pada awal pagi kelmarin, sebaliknya pasukannya tewas 3-0 dengan sepakan penalti selepas 120 minit perlawanan tanpa sebarang jaringan gol.

    Pasukan Afrika Utara itu mencipta sejarah selepas mencapai peringkat suku akhir buat kali pertama, manakala Sepanyol mengulangi sejarah tidak dapat mara ke peringkat seterusnya.

    Mereka telah mencatat lebih daripada 1,000 hantaran bola berbanding Maghribi, namun usaha itu tidak membuahkan sebarang hasil selepas hanya mampu membuat satu sahaja serangan on target yang berjaya diselamatkan oleh Yassine Bounou.

    Aksi pemain Maghribi, Achraf Hakimi (kiri) bersaing dengan pemain Sepanyol, Jordi Alba – AP

    Penjaga gol tersebut menyelamatkan dua lagi cubaan semasa pusingan penentuan sepakan penalti, sekali gus melenyapkan impian Sepanyol untuk mara ke peringkat seterusnya, seperti apa yang berlaku semasa di Rusia empat tahun lalu.

    “Kami sudah mendominasi permainan tetapi kami gagal menghasilkan sebarang jaringan,” keluh Luis Enrique.

    “Kami sepatutnya menjadi lebih efektif, tetapi saya tetap berpuas hati dengan apa yang pasukan saya telah lalui.

    “Mereka telah melaksanakan apa yang saya bayangkan mengenai bola sepak.”

    Semasa menentang Maghribi, Luis Enrique meninggalkan penjaring terbanyak pasukannya, Alvaro Morata di bangku simpanan, sebaliknya mengharapkan sentuhan Marco Asensio, supaya tidak kehilangan pegangan bola.

    Jurulatih tersebut meng-utamakan strategi pegangan bola, sama ada ia baik ataupun buruk.

    Namun, pemain-pemain yang dia tinggalkan di tanah air seperti penyerang Iago Aspas dan Borja Iglesias mungkin mampu memberikan saingan yang lebih sengit kepada pertahanan Maghribi yang kebal. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...