Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MagikFresh struktur terbaharu tangani krisis jerebu

    BANGKOK, 12 DIS – Penapis udara gergasi telah dipasang di Taman Chatuchak untuk memberikan kelegaan kepada pengunjung daripada pencemaran udara yang tinggi ketika musim jerebu bermula di Bangkok.

    Projek MagikFresh akan diuji selama enam bulan akan datang untuk mengatasi tahap habuk PM2.5 yang sekali lagi meningkat melepasi paras selamat 37.5 mikrogram setiap meter padu (ug/m3) minggu ini.

    Kolaborasi antara Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) dan Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Kebangsaan (NSTDA), projek itu menggunakan penapis PM2.5 untuk mewujudkan oasis udara bersih seluas 100 meter persegi di tengah-tengah bandar berjerebu.

    MagikFresh bertujuan untuk menyediakan orang ramai dengan ruang luar di mana mereka boleh melakukan aktiviti riadah dalam udara bersih.

    Pengarah NSTDA, Prof Sukit Limpijumnong berkata projek itu menggunakan struktur yang mampu mengawal peredaran udara dan menghalang zarah PM2.5 luar daripada memasuki kawasan berkenaan.

    Struktur MagikFresh direka untuk mudah dipasang dan dipindahkan, dan ia boleh dipsang di pelbagai lokasi lain di ibu negara dan seterusnya kawasan yang menghadapi pencemaran PM2.5 yang teruk.

    Struktur reka bentuk NSTDA sesuai untuk ruang terbuka seperti taman awam dan padang sukan, kata agensi itu.

    Struktur itu menggunakan reka bentuk ruang terbuka yang unik di mana udara beredar ke luar untuk menghalang zarah PM2.5 dari luar masuk.

    Sementara itu, sistem penapisan udara mengepam keluar 60,000 meter padu udara tulen sejam. Matlamatnya adalah untuk mengekalkan paras PM2.5 di dalam struktur di bawah 25ug/m3. – ANN/The Star

    Struktur MagikFresh direka untuk mudah dibongkar dan dipindahkan, memudahkan pemasangan di pelbagai lokasi lain di ibu negara dan seterusnya yang menghadapi pencemaran PM2.5 yang teruk. – The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda