Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Magis Monchi ubah Sevilla

    SEVILLE, Sepanyol, 21 Feb – Hanya beberapa kelab di mana bintang adalah pengarah sukan, tetapi Ramon Rodriguez Verdejo atau lebih dikenali ‘Monchi’ merupakan arkitek era kejayaan Sevilla setakat ini.

    Sejak mengambil alih sebagai pengarah sukan pada 2000, bekas penjaga gol itu telah membimbing kelab dari divisyen dua Sepanyol untuk merangkul lima gelaran Liga Europa.

    Tambahan pula, Monchi berjaya melakukannya sementara pemain bernilai beratus juta euro seperti Dani Alves, Sergio Ramso dan Ivan Rakitic mencari peluang yang lebih menguntungkan.

    “Kami melakukan lebih banyak perniagaan sekarang berbanding kelab bola sepak dan di atas padang kami telah mencapai kedudukan luar biasa yang tidak pernah kami impikan,” Monchi memberitahu AFP dalam satu temu bual eksklusif.

    Dia berkata Sevilla tidak pernah melihat kejayaan yang selayaknya pada masa lalu tetapi ‘saya merasa gembira kelab mampu untuk menggabungkan kedudukannya dalam kalangan elit bola sepak Sepanyol dan Eropah.”

    Pemain baru Sevilla Stevan Jovetic (kanan) bergambar bersama presiden kelab Pepe Castro (tengah) dan Monchi semasa pemain itu diperkenalkan pada 10 Januari 2017. – AFP
    Pemain baru Sevilla Stevan Jovetic (kanan) bergambar bersama presiden kelab Pepe Castro (tengah) dan Monchi semasa pemain itu diperkenalkan pada 10 Januari 2017. – AFP

    Penggabungan antara elit boleh mengorak selangkah ke depan minggu ini apabila juara Inggeris, Leicester City mengunjungi Sanchez Pizjuan buat kali pertama untuk aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

    Bagi segala-galanya kejayaan Sevilla dalam Liga Europa atau saingan divisyen dua Eropah, mereka tidak pernah mencapai suku akhir Liga Juara-Juara di bawah pemerhatian Monchi.

    “Terdapat keadaan yang menarik, persekitaran dan impian untuk mendapatkan langkah yang lama dinanti-nantikan dalam lapan pasukan terbaik Liga Juara-Juara,” tambahnya.

    “Ia adalah langkah seterusnya dalam pertumbuhan pemain, mengembangkan jenama kami, keyakinan dalam projek dan penegasan mengenai apa yang kami lakukan.”

    Kedua-dua pasukan hadir dalam gaya yang lebih kontras dengan Sevilla berada dalam rentak tertinggi La Liga dan Leceister pula selepas setahun menghasilkan salah satu cerita terhebat dalam sejarah bola sepak, menghadapi penyingkiran daripada Liga Perdana. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda