Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Magis Pandora dalam 3D

    Dibikin lebih sedekad dengan teknologi 3D menjelmakan kehidupan dalam air di Pandora yang tampak realistik dan menakjubkan, pengarah, James Cameron menghadiahkan sekuel kedua filem sains fiksyen (sci-fi), Avatar: The Way of Water yang bakal menemui penonton di pawagam, Disember ini.

    Pihak media mendapat jemputan eksklusif menghadiri slot panel Marvel, Lucasfilm dan 20th Century Studios sempena ekspo terbesar anjuran The Walt Disney Company, D23 Expo: The Ultimate Fan Event di Pusat Konvensyen Anaheim, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), melihat sendiri sentuhan Cameron dalam sekuel kedua filem mega itu.

    Cameron yang membuat perkongsian secara maya dari New Zealand pada panel itu, teruja dapat menamatkan penantian peminat yang tidak sabar menonton sekuel terbaru filem Avatar.

    Sepanjang proses penerbitan Avatar: The Way of Water sejak 2009, Cameron tidak menghasilkan naskhah lain bagi memberi tumpuan kepada projek francais filem Avatar itu.

    Dibekalkan cermin mata 3D, wakil media dan peminat dapat menonton enam babak sedutan filem Avatar: The Way of Water secara eksklusif.

    Ketika ditayangkan pada 2009, Avatar mencetuskan fenomena di seluruh dunia dan mencetuskan minat dalam teknologi pembikinan filem 3D.

    Avatar dilaporkan menjadi filem terlaris dihasilkan selepas Avengers: Endgame.

    Cameron menghabiskan lebih sedekad menyiapkan Avatar: The Way of Water.

    Dalam tempoh itu, empat sekuel bakal dipertontonkan dengan sekuel kedua dijangka memasuki pawagam di seluruh dunia pada 16 Disember ini, disusuli tayangan pada 2024, 2026 dan 2028.

    Dilaporkan filem epik, Avatar mengutip RM4.5 bilion pada hari ke-19 tayangan di seluruh dunia pada 2009. Projek membangunkan filem francais Avatar dimulakan sejak 1994 oleh Cameron. – Agensi

    Worthington menghidupkan watak Jake Sully, manakala Saldana melakonkan karakter Neytiri dalam film Avatar: Way of Water. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda