Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Magpies dalam laluan kembali ke PL

    LONDON, 21 Feb – Ledakan Yoann Gouffran dan gol sendiri Henri Lansbury memacu Newcastle ke puncak Kejohanan dan selangkah lagi untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa pada Isnin.

    Magpies Rafael Benitez, terbabit dalam pertembungan yang mendebarkan dengan Brighton untuk menguasai peringkat kedua Kejohanan dan kemenangan bermakna pasukan yang turun dengan mereka dari PL musim lalu menyaksikan Newcastle bergerak satu mata di depan ‘Seagulls’.

    Kekalahan bagi Villa menyebabkan mereka terlalu hampir dengan zon penyingkiran selepas hanya enam mata di depan tiga pasukan tercorot. Ini bukanlah impian jutawan China Tony Xia apabila membeli kelab dan membawa Steve Bruce selepas Roberto di Matteo gagal merangsang mereka pada peringkat awal musim.

    Bagaimanapun, keadaan Villa tidak menentu kerana rentak mereka jatuh sepenuhnya apabila meraih dua mata daripada kemungkinan 27 dalam sembilan perlawanan terakhir.

    Gol Gouffran dalam pertemuan pertama terkenal kedua-dua kelab di St James ‘Park di luar kumpulan elit sejak 1938 tiga minit sebelum rehat selepas Villa gagal mengeluarkan bola Matt Ritchie dalam kawasan penalti.

    Tuan rumah menggandakan jaringan sebelum sejam apabila midfield Villa Lansbury yang baru dibeli dari Nottingham, mendapat peluang semasa kekusutan di garisan gol sehingga tandukan Jamaal Lascelles membolosi gawang sendiri.

    Jonathan Kodjia hampir menambah gol Villa selepas merembat voli dari jarak 20 ela tetapi melepasi palang ketika 11 minit sebelum perlawanan berakhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda