Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maguire ditahan polis di Mykonos

    ATHENS, 21 OGOS – Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire telah ditahan di sebuah pulau di Greece yang sering menjadi tarikan pelancong, Mykonos, selepas dituduh terlibat menyerang anggota polis, agensi berita ANA melaporkan hari ini.

    United berkata dalam kenyataan ringkas bahawa mereka ‘mengambil maklum mengenai insiden yang melibatkan Harry Maguire di Mykonos semalam’.

    “Kontak telah dibuat dengan Harry dan dia akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa Greece.

    “Buat masa ini kami tidak akan membuat sebarang komen,” tambah kelab.– AFP

    Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire telah ditahan pihak polis Greece setelah dituduh terlibat menyerang anggota polis.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda