Maguire yakin United di landasan betul

LONDON, 20 APRIL – Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire yakin United berada di landasan yang betul bersaing kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

United tidak memenangi kejuaran liga sejak Sir Alex Ferguson bersara sebagai pengurus pada tahun 2013 dan ketinggalan 37 mata di belakang pendahulu liga Liverpool apabila Liga Perdana inggeris dihentikan kerana koronavirus bulan lalu.

Walau bagaimanapun, pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer kini belum tewas dalam 11 perlawanan sebelum liga dihentikan dengan Maguire dan Aaron Wan-Bissaka mula membayar semula pelaburan khidmat mereka musim panas lalu dan pembelian bulan Januari, Bruno Fernandes membuat impak segera.

“Saya tahu apabila saya datang ke Manchester United, Ole berkata kepada saya banyak perkara dan banyak perkara mengenai proses pembangunan tetapi saya akan berada di tempat yang saya mahukan,” Maguire memberitahu Sky Sports.

“Banyak aspek yang perlu diperbaiki untuk mencapai tahap itu, tetapi kami berada di landasan yang betul dan saya yakin kami akan sampai ke tahap itu.”

United menduduki tangga kelima apabila perlawanan digantungkan dan masih mengejar piala dalam Piala FA dan Liga Europa. Jika musim ini dapat di teruskan dalam beberapa bulan akan datang, pilihan bagi Solskjaer akan diperkuatkan lagi dengan Markus Rashford dan Paul Pogba kembali dari kecederaan.

Pogba yang hanya mampu membuat lapan penampilan sepanjang musim ini dengan kecederaan buku lali yang berterusan, tetapi Maguire berharap pemain pemenang Piala Dunia bersama Perancis tersebut dan Fernandes boleh membuat gandingan yang mantap di bahagian tengah.

“Dia sangat cemerlang sejak datang ke sini, di luar padang di sekitar padang latihan, dia adalah pemimpin dan mahukan kemenangan, dia mahukan kemenangan dalam setiap yang dilakukannya. Kita dapat melihat dia mempunyai sikap sebegitu,” Maguire memuji Fernandes. – AFP

Harry Maguire yakin United berada di landasan yang betul bersaing kejuaraan Liga Perdana Inggeris tetapi mereka perlu bekerja keras untuk mencapainya. – AFP