Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahad Islam Brunei rai 48 pelajar cemerlang

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 25 JUN – Seramai 48 penuntut Mahad Islam Brunei yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Brunei-Cambridge GCE ‘O’ Level tahun 2024 diraikan pada Majlis Hafl Al-Takharruj dan Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik dan Cemerlang bertempat di Dewan Besar sekolah berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Mariana binti Haji Jamil dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar serta tenaga pengajar yang diraikan.

    Hajah Mariana hadir selaku tetamu kehormat.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua Mahad Islam Brunei, Dayang Sarimah binti Haji Ahmad. Majlis turut diserikan dengan tayangan video khas dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian sijil dan hadiah kepada 33 orang pelajar cemerlang yang berjaya dalam Peperiksaan PSR, SPE dan Akhir Tahun. Seterusnya, penghargaan turut diberikan kepada beberapa pengajar atas pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing.

    Semua di atas: Antara pelajar cemerlang yang diraikan dalam majlis berkenaan.

    Penganjuran majlis berkenaan merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap usaha gigih dan kecemerlangan para pelajar sekali gus menjadi sumber motivasi agar mereka terus menetapkan matlamat yang lebih tinggi dalam mengejar kejayaan pada masa hadapan.

    Atas & Bawah: Antara yang hadir ke majlis berkenaan.

    Sesi bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda