TOKYO, 5 MEI – Maharaja Emeritus Jepun, Akihito akan menjalani ujian jantung di hospital selepas masalah yang tidak dinyatakan dikesan semasa pemeriksaan kesihatan rutin, menurut laporan media Jepun hari ini.
Agensi Rumah Tangga Diraja tidak menjawab panggilan ke pejabatnya hari ini, yang merupakan cuti umum di Jepun, untuk mengesahkan laporan oleh Perkhidmatan Berita Kyodo dan beberapa media Jepun lain.
Akihito, 91, yang telah bersara, merupakan bapa kepada Maharaja Naruhito. Baginda turun takhta dari Takhta Kekwa pada tahun 2019.
Kyodo melaporkan bahawa Akihito akan dimasukkan ke Hospital Universiti Tokyo bermula Selasa. Butiran lanjut belum diperoleh. Akihito pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2012.
Akihito menaiki takhta selepas kemangkatan bapanya, Hirohito, pada tahun 1989. Tiada maharaja lain pernah turun takhta dalam sejarah moden Jepun.
Namun, Akihito juga pernah mencatat sejarah apabila menjadi maharaja pertama berkahwin dengan rakyat biasa, Permaisuri Michiko. – AP
