TOKYO, 2 Jan – Maharaja Jepun, Akihito membuat ucapan tradisi Tahun Barunya hari ini dengan berpuluh ribu orang berhimpun di Imperial Palace bagi apa yang dilihat kemunculan terakhirnya selepas menyuarakan hasratnya untuk turun dari takhta.
Ia adalah mesej Tahun Baru pertamanya sejak maharaja mengumumkan pada Ogos lalu yang mana dengan usia dan kesihatannya yang semakin lemah bermakna baginda tidak lagi dapat untuk menjalankan tugas-tugasnya, menetapkan peringkat bagi Jepun bagi persediaan melepaskan kuasa yang bersejarah.
Imperial Palace berkata sekitar 58,600 orang menghadiri majlis ucapan dalam keadaan cuaca yang cerah, kebanyakannya melambai-lambaikan bendera kecil Jepun dan melaungkan ‘Banzai’ atau ‘Daulat Tuanku’.
“Pada awal tahun ini, beta mengharapkan kegembiraan dan ketenangan rakyat dunia dan negara kita,” kata maharaja itu dalam ucapan yang ditayangkan dalam televisyen dari balkoni yang ditutupi dengan kaca di istana, di mana baginda diiringi oleh kerabat diraja yang lain.
Pertimbangan terhadap hasrat persaraannya sedang dilakukan dalam panel penasihat yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Shinzo Abe pada September untuk mengkaji kemungkinan mekanisme perundangan bagi pelepasan diraja, yang pada masa ini tidak wujud.
Sebarang pergerakan akhir oleh Akihito untuk meletak jawatan, yang akan menyaksikannya digantikan oleh anak lelaki sulungnya, Putera Mahkota Naruhito, dilihat mendapatkan sokongan luas, menurut tinjauan pendapat baru-baru ini.
Akihito telah menjalani pembedahan bagi barah prostat dan masalah jantung, keduanya secara tidak langsung disebut dalam pengumumannya pada Ogos lalu, walaupun dia menekankan pada masa ini berada dalam kesihatan yang baik.
Spekulasi mengenai masa depan Akihito muncul pada tahun lepas dengan laporan dia telah memaklumkan pembantunya bahawa dia mahu meletak jawatan dalam masa beberapa tahun, dalam apa yang dilihat adalah pelepasan takhta pertama dari takhta dalam tempoh dua dekad.
Akihito memegang peranan simbol negara yang dikenakan selepas tamat Perang Dunia II. Maharaja sebelumnya termasuk ayahnya, Hirohito, disanjung sebagai dewa. – AFP