Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Maharaja Jepun bersimpati mangsa gempa bumi Noto

    TOKYO, 23 FEB – Maharaja Jepun, Naruhito, menyampaikan ucapan pertamanya kepada negara itu sejak gempa bumi teruk yang melanda wilayah utara-tengah Koto, dengan perutusan menandakan ulang tahun ke-64 baginda, hari ini.

    Dalam ucapan diraja itu, baginda melahirkan kesedihan terhadap penduduk yang terjejas akibat gempa bumi 1 Januari lalu, di samping mendoakan pemulihan mereka dan berharap untuk melawat wilayah itu bagi menenangkan hatimereka.

    Ucapan kebangsaan terakhir Naruhito yang dijadualkan sempena Tahun Baharu telah dibatalkan kerana gempa bumi itu. Maharaja dan isteri masih belum melawat kawasan bencana.

    Pihak istana memberitahu Televisyen NHK, baginda bersama isteri bimbang lawatan mungkin akan mengganggu usaha pemulihan, dan kini sedang merancang lawatan pada akhir Mac.

    Para penyokong berkumpul di Istana Imperial di Tokyo walaupun cuaca sejuk dan hujan.

    “Saya sekali lagi ingin mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan nyawa mereka dalam gempa bumi Semenanjung Noto bulan lalu dan menyampaikan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga yang berduka dan mereka yang terjejas akibat bencana itu,” kata Naruhito dari balkoni, ditemani oleh isteri, Maharani Masako, anak tunggal mereka, Puteri Aiko, dan saudara-mara yang lain. – AP

    Maharaja Naruhito (dari kiri), Maharani Masako dan Puteri Aiko melambai kepada para tetamu dari balkoni Istana Diraja di Tokyo, pada 23 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...