Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maharaja Jepun jalani MRI prostat

    TOKYO, 3 OKT – Maharaja Jepun, Naruhito, 62, (gambar-AFP) akan menjalani imbasan MRI prostat selepas doktor mengesan ‘indikasi agak membimbangkan’ dalam pemeriksaan kesihatannya, kata istana hari ini.

    Prosedur perubatan sehari itu dijangka dibuat pada awal November, kata jurucakap wanita
    di Imperial Household Agency kepada AFP.

    Agensi itu bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut, namun media tempatan mengatakan, ujian darah maharaja menyebabkan pasukan pemeriksa menjadualkan pemeriksaan susulan.

    Naruhito dan isterinya, Maharani Masako berlepas ke London bulan untuk menghadiri majlis pemakaman Ratu Elizabeth II.

    Maharaja itu menaiki takhta Chrysanthemum selepas ayahandanya, Akihito, 88, turun takhta. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda