Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maharaja, Maharani Jepun adakan lawatan ke Britain

    LONDON, 23 JUN – Maharaja Naruhito dan Maharani Masako tiba di Britain kelmarin untuk lawatan negara tiga hari yang dihoskan oleh Raja Charles III.
     
    Pasangan diraja Jepun itu dijangka mendarat dalam penerbangan dari Jepun dan menghadiri pertemuan peribadi hari ini dan esok sebelum program rasmi bermula Selasa.
     
    Acara kemuncak ialah jamuan negara di Istana Buckingham, dengan semua perhatian mungkin ditumpukan pada kemunculan isteri Putera William, Catherine.
     
    Naruhito, 64, juga akan mengunjungi Istana Windsor di barat London untuk menziarahi makam Ratu Elizabeth II. Baginda dan Maharani Masako, 60, telah menghadiri majlis pemakaman ratu itu pada September 2022.
     
    Dengan kempen pilihan raya umum sedang giat diadakan di Britain, masih belum jelas sama ada baginda akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Rishi Sunak.
     
    Maharaja Jepun Naruhito dan Maharani Masako bersedia berlepas untuk lawatan negara ke Britain, di lapangan terbang Haneda di Tokyo, Jepun pada 22 Jun. – AP
    Ketua negara yang melawat biasanya mengadakan perbincangan dengan perdana menteri dan ketua pembangkang, atau berucap kepada ahli parlimen di parlimen.
     
    Namun tidak ada ahli parlimen kerana parlimen telah dibubarkan sebelum pengundian pada 4 Julai.
     
    Ia adalah lawatan negara kedua oleh maharaja itu sejak menaiki takhta pada 2019, selepas mengadakan lawatan negara ke Indonesia pada tahun lalu. 
     
    Bagi Charles, 75, ia merupakan lawatan negara ketiga yang dianjurkannya sejak menaiki takhta selepas kemangkatan bondanya. 
     
    Program lawatan negara itu turut meliputi acara perbarisan kawalan kehormatan, perarakan kereta kuda di Istana Buckingham dan lawatan ke muzium serta Institut Francis Crick. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda