Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maharaja, Maharani Jepun lawat Britain pada Jun

    TOKYO, 24 MAC – Maharaja Jepun Naruhito dan Maharani Masako dijangka melawat Britain kira-kira seminggu pada akhir Jun, kata laporan tempatan hari ini, memetik sumber yang tidak dinamakan.

    Laporan itu datang selepas berita mengejutkan pada Jumaat bahawa Catherine, Puteri Wales, menghidap kanser, hanya beberapa minggu selepas Raja British Charles III berkata dia juga sedang melawan kanser.

    Lawatan yang dirancang itu adalah yang pertama oleh pasangan diraja Jepun sejak mereka melawat UK untuk menghadiri pengebumian negara Ratu Elizabeth II pada September 2022.

    Ia akan menjadi lawatan muhibah antarabangsa kedua mereka di luar negara sejak pertabalan Maharaja. Mereka melawat Indonesia tahun lepas.

    Akhbar Yomiuri Shimbun berkata kedua-dua kerajaan itu ‘merancang (perjalanan) sambil memberi perhatian’ kepada jadual rawatan raja.

    Jiji Press juga melaporkan bahawa jadual lawatan itu sedang diatur dengan ‘berhati-hati’.

    Pasangan diraja Jepun itu akan melawat Britain sebagai tetamu negara dan menghadiri acara mengalu-alukan dan jamuan di Istana Buckingham di London, kata laporan itu.

    Lawatan ke Universiti Oxford, tempat mereka belajar pada masa yang berbeza, juga sedang dipertimbangkan, kata laporan itu.

    Pasangan itu juga dijangka mengadakan majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri Britain Rishi Sunak dan isterinya, menurut laporan itu. – AFP

    Maharaja Jepun Naruhito dan Maharani Masako bertemu mangsa gempa bumi maut 1 Januari, di sebuah pusat perlindungan di Wajima, wilayah Ishikawa, Jepun pada 22 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda