Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah

    KOTA KINABALU, 16 JUN – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud mengingatkan mahasiswa supaya bersikap rasional dalam mendepani dan memperjuangkan sebarang isu membabitkan Sabah serta rakyatnya.

    Sebagai rakyat Sabah, beliau memahami perjuangan itu namun menasihati mahasiswa supaya menilai sebaiknya dan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan untuk memperjuangkan sesuatu isu seperti masalah bekalan air.

    Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata seperti himpunan #KamiMahuAir Sabah baru-baru ini, beliau telah mengingatkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang terlibat supaya memohon permit Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berhimpun secara aman namun apa terjadi adalah sebaliknya.

    “Mereka bawa bukan warganegara dalam perjuangan melibatkan isu rakyat Sabah. Saya terkejut dan saya tidak jangka perkara ini berlaku dan melibatkan mahasiswa
    kita.

    “Bukan kita menghalang mereka untuk berhimpun, buat permit buatlah secara aman dengan penuh rasional,” katanya kepada pemberita pada Sambutan 25 Tahun PKR dan Pesta Kaamatan PKR Sabah hari ini.

    Majlis anjuran Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Datuk Christina Liew selaku Ketua Cabang PKR Api-Api itu dirasmikan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Mustapha hadir selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...