Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahasiswa UBD temu bual peniaga 1K1P

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Sekumpulan lima orang mahasiswa Universiti Brunei Darussalam (UBD), kelmarin, telah menjalankan sesi temu ramah bersama peniaga-peniaga tempatan Brunei di bawah Satu Kampung Satu Produk (1K1P) yang mengikuti jualan dan pameran bersempena Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Menurut salah seorang mahasiswi UBD, Dayang Nurhikmah binti Hamzah, tujuan mereka datang menemu ramah peniaga-peniaga tersebut adalah untuk mempelawa mereka mengikuti pameran bersempena Acara Festival Sastera ke-7 yang akan diadakan pada April ini.

    Beliau juga menjelaskan, sesi temu ramah itu juga bertujuan untuk mengenali lebih dekat permainan asli orang Brunei, di mana salah seorang peniaga 1K1P, Haji Junggal dari Kampung Putat mengetahui mengenai permainan gasing dan banyak lagi.

    Dalam kesempatan sesi temu ramah itu, mahasiswa-mahasiswi berkenaan juga berpeluang menyaksikan acara Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan yang turut menyaksikan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama kerabat diraja yang lain.

    Semasa mahasiswi UBD menemu ramah salah seorang peniaga yang ikut serta di bawah Satu Kampung Satu Produk semasa Program Bandarku Ceria.
    Semasa mahasiswi UBD menemu ramah salah seorang peniaga yang ikut serta di bawah Satu Kampung Satu Produk semasa Program Bandarku Ceria.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda