Saturday, July 6, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Mahasiswa UMS teroka Taman Riadah Bukit Mentiri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini, meneruskan program Jelajah Pemadam Lintas Sempadan (PENTAS’24) dengan mengadakan aktiviti mendaki Taman Riadah Bukit Mentiri.

    Aktiviti riadah itu disertai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat. Juga hadir ialah Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Mentiri, Awang Haji Nizam bin Haji Julaihi.

    Pengarah Program PENTAS’24, Ridzwan Majur melahirkan rasa kagum melihat semangat kekeluargaan yang diberikan sambil menyifatkan program berkenaan telah berjaya menerapkan pengalaman yang sangat berguna kepada peserta.

    “Masyarakat setempat juga telah memberikan sokongan untuk mencapai sasaran lawatan ini, dan kami sangat berterima kasih dan hubungan dua hala ini perlu dikekalkan dan ditingkatkan lagi di masa akan datang,”jelasnya.

    Sebelum memulakan aktiviti riadah itu, Yang Berhormat dan peserta program yang terdiri oleh seramai 35 mahasiswa UMS dari kelab PEMADAM menerima taklimat ringkas mengenai Taman Riadah Bukit Mentiri dan mengadakan sesi senamrobik.

    Sesi senamrobik sebelum memulakan riadah.

    Sebagai penghargaan kepada rombongan, Yang Berhormat Awang Lawi telah menyampaikan cenderamata kepada Penasihat Kelab PEMADAM, Alna Tugon, sementara Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Mentiri, Awang Haji Nizam menerima cenderamata dari PEMADAM yang disampaikan oleh Pengarah Program PENTAS’24, Ridzwan Majur.

    Gambar ramai rombongan PENTAS’ 24 kampung berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ keluarkan panduan guna peranti di sekolah

    WELLINGTON, 5 JULAI - Memandangkan kanak-kanak New Zealand (NZ) mencatat kadar penggunaan peranti tertinggi di dunia, garis panduan baharu untuk membantu mengimbangi risiko kesihatan...