
PUTRAJAYA, 15 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyelewengkan beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Versi dalam talian The Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa melaporkan bahawa Dr Mahathir berkata beliau tidak akan membuat rundingan dengan Najib bagi mendapatkan kembali wang itu. (Klik di sini untuk cerita lanjut)