KUALA LUMPUR, 17 OKT – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berharap Bajet 2022 akan memperuntukkan insentif dan sokongan bantuan bagi memulihkan hubungan udara yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Pengendali lapangan terbang itu berkata sokongan tersebut akan membo-lehkan pertumbuhan berterusan dalam sektor kargo dan logistik bagi memenuhi Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 yang menyasar untuk menjadikan Malaysia sebagai