Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MAHB umum zon tunda di KLIA

    PUTRAJAYA, 29 Dis – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan zon tunda di sepanjang jalan ke dan dari bangunan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), termasuk kawasan susur jalan terminal.

    Dalam satu kenyataan hari ini, ketua operasi KLIA, Mohd Arif Jaafar berkata langkah itu perlu bagi memastikan kenderaan tidak menghalang jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

    “Ia juga untuk memastikan keselamatan kerana kenderaan yang diletakkan di bahu jalan menimbulkan bahaya kepada pemandu kenderaan yang melalui kawasan tersebut,” katanya.

    Beliau berkata KLIA mempunyai ruang parkir yang mencukupi dengan lebih 11,000 lot parkir di kedua-dua terminal. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda