Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahinda dilantik PM Sri Lanka

    COLOMBO, 20 NOV – Presiden Sri Lanka yang baharu dilantik, Gotabaya Rajapaksa hari ini menamakan abangnya, Mahinda sebagai perdana menteri, mengukuhkan lagi cengkaman kuasa keluarga itu yang dipuji kerana mematahkan pemberontakan Tamil Tigers sedekad lalu.

    Mahinda yang pernah menjadi presiden dua penggal sebelum ini, dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri esok susulan peletakan jawatan Ranil Wickremesinghe selepas partinya mengalami kekalahan memalukan dalam pilihan raya presiden hujung minggu lalu.

    Adik beradik Rajapaksa dipuji kerana memusnahkan Tamil Tigers bagi menamatkan perang saudara Sri Lanka berdekad-dekad lamanya, dengan perkhidmatan keselamatan yang mereka kuasai dituduh melakukan jenayah perang dan pelbagai kes penganiayaan hak asasi manusia.

    Seorang jurucakap bagi pentadbiran baharu mengatakan Mahinda, 74 akan mengangkat sumpah di hadapan adiknya, Gotabaya, 70. – AFP

    Gambar fail Ranil Wickremesinghe yang meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan kekalahan memalukan partinya dalam pilihan raya presiden hujung minggu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda