NEW YORK – Setiap petang Isnin dan Khamis petang, Taman Bryant dipenuhi dengan penduduk di bandar raya itu untuk beriadah. Malah ada di antaranya yang berasa cukup seronok bermain mahjongg yang berasal dari China. Permainan tradisi tersebut telah mula dibawa ke AS pada sekitar awal tahun 1920an.
“Kami berasa cukup terhibur untuk berkumpul sambil bermain mahjongg,” jelas Linda Fisher, pengurus permainan mahjongg di Taman Bryant.
Tidak seperti dalam permainan kad yang menerapkan unsur simbol seperti clubs, hearts, diamonds dan spades kerana permainan mahjong pula menerapakan unsur seperti dots (bulatan), bams (buluh) dan craks (karakter). Malah unsur angin, naga, bunga dan joker turut diterapkan dalam versi permainan mahjong yang berbeza.
Permainan tradisi mahjongg Cina memiliki 144 petak kiub dan sebanyak lapan petak tambahan pula digunakan dalam versi Amerika di samping kad skor yang diterbitkan pada setiap tahun oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan seperti Liga Mahjong Kebangsaan.
Liga tersebut berfungsi sebagai penimbang tara untuk semua aktiviti yang berkaitan dengan mahjongg di AS. Ia bermula dengan hanya disertai oleh 32 ahli apabila ia mula ditubuhkan pada tahun 1937 untuk menyeragamkan permainan.

Setiap tahun hasil daripada jualan permainan catur itu disumbangkan terus kepada organisasi kebajikan di seluruh negara.
“Kini seramai 500,000 orang telah menyertai permainan ini dan ia jelas sangat popular tambahan pula wang yang digunakan untuk membeli permainan ini juga terus disumbangkan kepada sumbangan dana,” jelas Fischer.
“Motif yang digunakan pada kad dalam permainan ini sentiasa berubah pada setiap tahun bagi mengekalkan ia tetap menarik,” tambah Fischer.
Set mahjongg versi Amerika juga memiliki variasi yang berbeza di mana ia memiliki lapan petak joker dan dapat disusun mengikut urutan. Sebelum tahun 1960an, petak kiub jokers masih belum digunakan dalam permainan dan hanya dimain berdasarkan kepada corak bunga merangkumi kepada 16 petak kiub.
“Anda akan dapat mengetahui bahawa sesebuah set mahjongg itu adalah set lama sekiranya terdapat sticker joker yang diletakkan di atas motif bunga pada petak kiub yang digunakan.” Jelas Fisher dengan nada ketawa.
Mengikat perhubungan budaya
Hakikatnya, permainan mahjongg juga turut memainkan peranan penting dalam perkembangan budaya di Amerika.
Menurut Annelise Heinz dalam kajian peringkat PHD di Jabatan Sejarah, Universiti Stanford pada tahun 2013, kedua-dua masyarakat Cina dan Amerika telah dihubungkan melalui permainan tradisi itu
Tidak seperti dalam permainan lain di mana para pemain harus tetap setia mengekalkan perhubungan baik sesama pemain malah turut memerlukan kerjasama dalam mengatur strategi sehingga wujudnya forum bagi membincangkan hal tersebut.
Dari faktor budaya, mahjongg menjadi satu perhubungan penting di Chinatown pada sekitar tahun 1920an hingga 1930an di mana warga Amerika juga cukup bersemangat untuk mempelajari permainan tersebut bagi mengelakkan bangsa China dari berasa terasing,” jelas Heinz.
“Malah mahjongg juga cukup popular di kalangan kaum wanita di mana ia dipercayai bermula apabila kebanyakan keluarga berhijrah dan bekerjaya di kawasan bandar. Maka bagi mengelakkan rasa kesunyian dalam kalangan suri rumah tangga, mereka telah menubuhkan komuniti permainan mahjongg yang secara tidak langsung juga turut membina rangkaian sosial baru,” tambah Heinz.
Di samping itu, dia juga menjelaskan bahawa permainan mahjongg itu juga turut diminati dalam kalangan wanita berkuasa yang berjiwa kepimpinan, menceburi bidang usahawan dan memiliki tahap tumpuan yang cukup tinggi sehingga tertubuhnya Liga Mahjongg Kebangsaan di New York.
Mengeratkan hubungan persahabatan
Tahun ini merupakan tahun keempat permainan mahjongg dianjurkan di Taman Bryant yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit dan dikunjungi oleh lebih dari enam juta orang setiap tahun.


Program ini direalisasikan ketika terdapat individu yang tertarik dengan permainan tradisi itu ketika mengunjungi blog Fischer pada tahun 2013 dan sekali gus menghubungi dan mempelawa dia untuk menganjurkan permainan mahjongg di taman itu.
Fischer mula aktif bermain mahjongg pada tahun 1961 ketika berusia sembilan tahun bersama dengan ibu saudaranya.
“Saya tetap berminat untuk bermain mahjongg sehingga mencapai usia dewasa dan ketika dia telah meninggal dunia saya tetap bermain dengan rakan-rakannya sebagai satu penghormatan malah turut menurunkan ilmu permainan ini,” jelas Fischer.
Aktiviti permainan mahjongg diadakan dua kali seminggu dan pada musim cuti, setentunya taman tersebut dipenuhi dengan individu yang bermain permainan tersebut.
“Populariti permainan ini semakin berkembang dan pada Hari Buruh tahun lalu, seramai 50 orang peserta yang menyertai permainan ini dalam satu masa di mana ada di antaranya yang datang dari Florida di mana mereka juga dapat berkenalan di antara satu sama lain,” jelas Fischer.
Mahjongg jelas terbukti sebagai satu aktiviti yang dilakukan oleh golongan warga emas untuk melakukan aktiviti luar sekali gus membina hubungan persahabatan di antara satu sama lain.
Satu permainan akan disertai oleh empat orang peserta di mana setiap seorang daripada mereka akan mula meletakkan petak kiub di atas meja dan dari situ hubungan mula terbina apabila setiap daripada peserta saling bantu-membantu dalam meletakkan petak kiub mengikut urutan yang tertentu.
Secara keseluruhannya, permainan ini dilakukan dalam suasana tenang sehingga salah seorang peserta akan melaungkan ungkapan “pong” atau “chow” yang menandakan bahawa individu tersebut memenangi permainan itu.
“Kami berasal dari New Jersey dan rela hati untuk datang ke taman ini bagi mengikuti permainan ini,” jelas Barney, yang mana kumpulannya turut menyertai Kejuaraan Mahjongg Peringkat Dunia yang bakal diadakan di Las Vegas pada September ini. Keempat-empat perserta dalam kumpulan ini akan berlatih bersama sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
“Dalam menikmati keseronokan permainan ini, para pemain juga berpeluang untuk menikmati makanan bersama sambil berinteraksi di antara satu sama lain,” jelas Barney.
Mahjongg merupakan satu permainan yang menguji minda di mana ia melibatkan aspek kemahiran dan juga tuah. Pemikiran yang cekap dan kawalan mental yang baik menjadi asas kemenangan dalam permainan ini.
Malah mahjongg juga dipercayai dapat mengekalkan daya pemikiran yang tajam dan kesihatan yang baik. Ia juga dipercayai dapat mengekalkan fungsi otak dan mengelakkan daripada seseorang itu menjadi nyanyuk terutama di kalangan warga emas.
Jualiana Young Koo, seorang diplomat Cina-Amerika yang bekerja di Jabatan Protokol PBB memiliki minat yang mendalam terhadap permainan mahjongg dan cukup aktif menyertai permainan itu ketika berada di New York. Beliau meninggal dunia pada usia 111 tahun. –Xinhua