Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Agung India arah tangkap puluhan ribu anjing liar di Delhi

    NEW DELHI, 11 OGOS – Mahkamah Agung India hari ini mengarahkan pihak berkuasa menangkap puluhan ribu anjing liar di Delhi susulan kebimbangan keselamatan awam berikutan peningkatan kes gigitan anjing.

    India, yang menempatkan jutaan anjing liar, sering melaporkan serangan maut terutama membabitkan kanak-kanak dan warga emas. Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya 60,000 ekor anjing liar berkeliaran di Delhi menurut Banci Ternakan India pada 2012, namun jumlah sebenar dipercayai jauh lebih tinggi dengan kumpulan anjing menguasai taman dan kawasan perumahan.

    Negara itu merekodkan lebih satu pertiga daripada kematian global akibat rabies, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang diburukkan lagi oleh ketiadaan program pensterilan dan sekatan undang-undang terhadap pemusnahan anjing.

    Mahkamah menetapkan tempoh lapan minggu untuk menubuhkan pusat perlindungan anjing serta merekodkan tangkapan setiap hari. “Apa yang penting dan tanpa keseluruhan latihan, usaha ini akan sia-sia, tiada seekor pun anjing liar pun boleh dilepaskan semula,” menurut kenyataan mahkamah yang turut meliputi kawasan pinggir bandar Delhi, yang menempatkan kira-kira 30 juta penduduk.

    Mahkamah turut memberi amaran tindakan akan diambil terhadap aktivis haiwan yang menghalang operasi berkenaan. Selain itu, talian bantuan 24 jam akan diwujudkan bagi melaporkan kes gigitan, manakala pihak berkuasa perlu memaklumkan lokasi pemberian vaksin anti-rabies.

    Data dibentangkan di Parlimen India menunjukkan lebih 3.7 juta kes gigitan anjing dan 54 kematian manusia disyaki akibat rabies pada 2024. Anggaran lain menyatakan jumlah itu hampir dua kali ganda, dengan Delhi sahaja merekodkan kira-kira 2,000 kes gigitan setiap hari. – AFP

    Pekerja menggunakan jaring untuk menangkap anjing liar di pasar Polo View di Srinagar pada 24 Mei 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda